Sunday 1 April 2012



My MIL KAt Assunta Last Thursday Operation Buang Hempedu disebabkan batu hempedu .

x sangka ade 9biji batu kesemuanya boleh duk dlm hempedu. Semoga Cepat Sembuh . Azam : sian nenek kena operate , mcm mana batu tu ade dlm perut nenek, nenek makan batu ke mama..
Azim : azam jangan nakal lagi tau nenek kan sakit nanti tak boleh jaga azam dan azim lagi..



Situasi Pagi tadi sewaktu sedang memakai pakaian uniform ke tadika 


Azim : mama kecik kacik azim ade makan batu tak
Mama : hehehe naper tanya macam tu lagi..
Azim : yelah manatau nanti azim pulak kena bedah macam nenek sebab makan batu.
Mama : Mama rasa adalah..(saje nak sakat dia je)
Azim : abislah macam ni mesti azim kena operate macam nenek, takut nya..





Simptom-simptom
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


No comments:

Post a Comment